Posted by nadzirah tajul molok play 03-05-2016 10:29 AM   429

PROGRAM JAMBOREE SPORTS, RECREATIONAL & ADVENTURE 2016

JAMBOREE 2016 @ TANJONG MALIM

Program bersempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2016 ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia dan diselaraskan oleh Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) dengan pengisian pelbagai program untuk kalangan belia dan golongan yang suka menyertai sukan lasak ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan imej  “Malaysia Cergas”.

Program bermula 6 hingga 8 Mei 2016. Objektif program adalah untuk menggalakkan penyertaan belia untuk melibatkan diri di dalam sukan lasak 4x4; memberi ruang dan peluang kepada industri permotoran 4x4 menjana ekonomi; merangka aktiviti dan meluangkan masa beriadah bersama peserta, krew dan keluarga; memupuk  dan semangat bekerjasama dalam berpasukan; dan sebagai salah satu inisiatif MBM dan MFWDA untuk memperkenalkan Tanjong Malim sebagai Bandar Belia 1Malaysia (1MYC).

About Author